Sarjana Muda (Fizik Industri) PDF Print E-mail

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Sarjana Muda (Fizik Industri) adalah untuk membekalkan pengetahuan, kemahiran dan attribut yang perlu dicapai oleh graduat supaya berjaya dalam kerjaya. Program direka untuk;

 

1. Melatih graduat yang mampu bekerja sebagai ahli fizik dalam institusi penyelidikan dan industri.

2. Menyediakan graduat yang mampu menerajui pasukan dan mengambil tanggungjawab yang tinggi di tempat kerja dan komuniti.

3. Menyediakan graduat dengan personaliti yang terserlah, melalui penggunaan alatan dan analisis yang kukuh, penulisan yang berkesan dan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

4. Menyediakan graduat dengan minda yang kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran baru.

5. Menyediakan graduat dengan integriti professional dan mampu mengurus pembelanjaan kendiri dengan jayanya.

6. Menyediakan graduat yang mempunyai kemahiran keusahawanan dan mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kekayaan.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

 

PO1

Penetahuan Asas Fizik

Kebolehan mengarap pengetahuan mengenai hukum dan prinsip asas fizik dalam penggunaan terkini serta pengetahuan dalam sains sosial dan pembangunan diri. (C2, P2, A2)

PO2

Penggunaan Pengetahuan dan Kemahiran Fizik

Kebolehan mengguna, mempraktiskan dan menganalisis hukum dan prinsip asas fizik menerusi kaedah eksperimen, teknik pengkomputeran dan matematik dalam menyelesaikan permasalahan fizik yang berkatian dengan industri. (C4, P4, A3)

PO3

Kajian Saintifik dan Penyelidikan dalam Bidang Fizik

Kebolehan merancang, menilai dan menunjuk cara kajian dan penyelidikan saintifik dalam bidang fizik yang berkaitan dengan penggunaannya di industri. (C6, P6, A3)

PO4

Pemikiran Kritis dan penyelesaian Masalah

Kebolehan mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran prinsip dan teori fizik bagi menyelesaikan permasalahan saintifik dengan berkesan. (P4)

PO5

Kemahiran Komunikasi

Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan yakin menerusi penulisan dan lisan kepada pelbagai lapisan khalayak. (P4)

PO6

Kerja Berpasukan

Kebolehan berperanan secara berkesan dan bertanggung jawab sebagai ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama dan mampu menyesuaian diri dalam situasi dan keutamaan yang berubah. (A3)

PO7

Pembelajaran Sepanjang Hayat dab Pengurusan Maklumat

Kebolehan mencari dan memperoleh pengetahuan terkini, mampu berdikari dan mengurus masa secara berkesan. (A3)

PO8

Kepimpinan

Kebolehan mempamirkan ketokohan kepimpinan, mengambil tindakan dan mendorong orang lain untuk mencapai matlamat bersama. (A3)

PO9

Etika dan Integriti

Kebolehan mengadaptasi nilai-nilai etika dan integriti dalam interaksi sosial dan saintifik, berfikiran positif dan memiliki jati diri. (A3)

PO10

Keusahawanan

Mempunyai kesedaran tentang peluang pernigaan, keusahawanan dan peluang kerjaya. (P2)