Sarjana Muda Sains (Kimia) PDF Print E-mail

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Sarjana Muda Sains (Kimia) adalah memberikan pengetauan, kemahiran dan atribut yang harus dicapai oleh graduat untuk berjaya dalam kerjaya. Program direka untuk:

 

1. Menyediakan graduat yang berupaya menggunakan dan menghasilkan pengetahuan baru dalam bidang kimia relevan bagi pembangunan negara

2. Mendidik graduat menjalankan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah kini dan isu masa akan datang demi untuk pembangunan dan kebaikan negara dan manusia sejagat.

3. Melatih graduat yang berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, menganalisis, mereka dan menyelia kerja berasaskan kimia.

4. Membentuk graduat yang berkemahiran teknikal dalam menyelesaikan masalah secara logik, analitis dan kreatif berdasarkan fakta dan idea bernas

5. Melatih graduat supaya mempunyai kualiti kepimpinan, etika dan profesional menyumbang kepada negara dan manusia sejagat.

6. Menyediakan graduat yang boleh berkerja secara berpasukan dalam masyarakat berbilang bangsa untuk mencapai sesuatu objektif.

7. Melatih graduat yang boleh berkomunkasi secara berkesan merentasi pelbagai bentuk perhubungan dan audian.



HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM


Bil.

Hasil Pembelajaran

PO1

Pengetahuan Asas Kimia

Kemampuan memperoleh pengetahuan tentang hukum dan prinsip asas kimia yang berkaitan dengan penggunaan semasa serta pengetahuan dalam sains sosial dan pembangunan diri. (C2, P2, A2)

PO2

Penggunaan Pengetahuan dan Kemahiran Kimia

Kemampuan mengguna, mengamal dan menganalisis hukum, prinsip asas dan teknik kimia melalui kaedah saintifik yang berkaitan dengan penggunaan dalam bidang kimia. (C4, P4, A3)

PO3

Kajian dan penyelidikan saintifik

Kemampuan merancang, menilai dan menunjuk cara kajian dan penyelidikan saintifik yang berkaitan dengan kimia. (C6, P6, A3)

PO4

Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

Kemampuan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tentang prinsip dan teori kimia dalam penyelesaian masalah saintifik. (P4)

PO5

Kemahiran Berkomunikasi

Kemampuan mempersembahkan maklumat kimia yang bersifat teknikal, saintifik dan berhujah secara jelas, melalui tulisan dan lisan kepada pelbagai lapisan khalayak. (P4)

PO6

Kerja Berkumpulan

Kemampuan menggambarkan kemahiran antara perseorangan yang baik dengan menyerlahkan kemahiran bekerjasama dalam pasukan bagi melaksanakan pelbagai peranan yang berlainan. (A3)

PO7

Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat

Kemampuan menimba ilmu dan kemahiran baru dan mengurus maklumat yang berkaitan melalui pelbagai sumber. (A3)

PO8

Kepimpinan

Kemampuan mempamerkan kepimpinan, mengambil tindakan dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. (A3)

PO9

Etika dan Integriti

Kemampuan mengadaptasi nilai-nilai etika secara berintegriti dan beretika yang baik dalam profesion dan kewajipan terhadap masyarakat. (A3)

PO10

Keusahawanan

Kesedaran tentang peluang perniagaan, keusahawanan dan peluang kerjaya. (P2)